Cara Menangani Ancaman Serangan Siber

30 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2026, satu Webinar Keselamatan Siber bertajuk “Cara Menangani Ancaman Serangan Siber” telah berjaya dilaksanakan melalui platform LMS Cybersecurity dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman serangan siber yang semakin berleluasa.

Webinar ini bertujuan untuk mengupas isu sebenar berkaitan ancaman serangan siber, serta berkongsi langkah pencegahan yang praktikal dan mudah difahami. Program ini sesuai untuk semua pengguna internet dan telefon pintar, tanpa mengira latar belakang atau tahap pengetahuan teknologi.

Antara pengisian utama yang dikongsikan termasuk jenis-jenis serangan siber terkini, langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi, serta tips mudah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber. Perkongsian ini membantu peserta memahami kepentingan amalan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan keselamatan siber sebagai tanggungjawab bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali